Friday, October 7, 2011

Poligami Secara Rahsia : Ok ?


Poligami Secara Rahsia : Ok ?  
Poligami
Assalamu'alaikum wa rahmatullah
Ana perlukan nasihat a dalam sedikit hal peribadi. Ana dalam proses berkenalan dengan seorang lelaki ke arah mendirikan rumahtangga insha'Allah. Ana kenal dia mula-mula semasa sejak 4 tahun lalu dan kini saya bekerja di satu ofis dengannya.
He proposed during the last month to be his second wife. Ana tidak tertutup pada poligami dan telah membuat istikharah. Alhamdulillah walaupun amat berdebar semasa hendak memberitahu keluarga, Allah telah memudahkan proses pada pihak keluarga ana. Alhamdulillah ahli keluarga telah memberi persetujuan awal.

Umat Islam Ketika Penceraian


SOALAN

MINTA JASA BAIK USTAZ UNTUK MENERANGKAN TENTANG DISPLIN PENCERAIAN DALAM ISLAM. SATU LAGI, SEKARANG INI BIASA BERLAKU DI TEMPAT KITA, BILA BERCERAI ISTERI AKAN BALIK RUMAH IBU BAPANYA. SAYA ADA DENGAR IA TIDAK DIBOLEHKAN, BENARKAH?

Cerai ?!


Jawapan a

MENGULAS PERSOALAN TALAQ ATAU PENCERAIAN DALAM ISLAM MEMERLUKAN HURAIAN YANG PANJANG LEBAR DAN BOLEH MENCEGAH TAHAP SEBUAH BUKU. JUSTRU, SAYA HANYA AKAN MEMETIK BEBERAPA BAGIAN SAHAJA.

PENCERAIAN ADALAH JALAN TERAKHIR YANG DISEDIAKAN ISLAM BAGI PASANGAN SUAMI ISTERI YANG MENGHADAPI MASALAH SAMA ADA KETIDAKSERASIAN ATAU JUGA MASALAH LAIN BERKAIT DENGAN ZALIM, TIDAK TUNAI TANGGUNG JAWAB DAN LAINNYA.

TERDAPAT ULAMA YANG MENYATAKAN TALAQ INI SEBENARNYA AMAT DIBENCI SEHINGGA SAMPAI TAHAP DILARANG DAN IA HANYA DIHARUSKAN APABILA CUKUP SYARAT DAN SEBABNYA ATAS NAMA 'KERINGANAN' ATAU 'RUKHSAH'.

NABI S.A.W BERSABDA :-

أبغض الحلال إلى الله الطلاق

ARTINYA : "PERKARA HALAL YANG PALING DIMURKAI ALLAH ADALAH TALAQ ( PENCERAIAN SUAMI ISTERI)"( RIWAYAT ABU DAUD, AL-HAKIM ; AS-SUYUTI, IBN 'ADIYY : SOHIH ; AL-MUNAWI, TIDAK SOHIH )

NAMUN PENDAPAT INI TIDAKLAH KUAT KERANA NABI SENDIRI PERNAH MENJATUHKAN TALAQ KE ATAS HAFSAH BT UMAR AL-KHATTAB DAN KEMUDIAN RUJU' KEMBALI. KESIMPULANNYA IA HANYALAH MAKRUH. (RIWAYAT ABU DAUD, IBN MAJAH, NAILUL AWTAR, 6/247 )  

Jawaban KeKeliruan Isu Ruju' Cerai


Apabila saya mendedahkan beberapa panduan dan kesilapan kerap dalam bab penceraian di Malaysia khususnya, di ruangan komentar ramai yang bertanya pelbagai soalan berkaitan, bagi menjawab soalan-soalan berikut, saya sediakan artikel ringkas ini.
Ruju' Lepas Cerai
Antara isu yang dikira paling keliru di kalangan masyarakat adalah bab ruju'.
Ada wanita yang berkata, "suami saya ingin ruju', tetapi saya masih memikirkan samada untuk terima atau tidak"
Ketahuilah, bahawa ruju' tidak memerlukan sebarang persetujuan wanita. Ia adalah ijma' ulama seluruhnya. Ruju' ini ibarat menjatuhkan talak yang hanya tertakluk kepada suami.

Hukum Bekaitan Sex


Pelabagi isu masalah seks
Tidak dinafikan bahawa isu-isu politik hari ini cukup menarik dan segar. Ia menyebabkan sukar untuk ita mengabaikan perbincangan serta menulis berkenaannya. Banyak perkembangan baru hari demi hari yang sentiasa mengumpan maklumat baru dan terkini. Mana tidaknya, bermula dari jatuhnya empat  negeri ke tangan pembangkang tanpa disangka-sangka hinggalah ke  isu perlantikan menteri besar di negeri yang dikuasai alternatif seperti di Perak  dan Selangor. 
Tidak ketinggalan perkembangan yang juga panas di negeri-negeri yang dikuasai BN seperti Terengganu dan Perlis.  Barisan cabinet yang baru tanpa Samy Vellu, Shahrizat dan lain-lain. Surat Dato' Mukhriz kepada Perdana Menteri. Dasar-dasar baru pemerintahan di Penang, Kelantan, Selangor, Perak dan Kedah serta banyak lagi.
Ditengah-tengah kesibukan minda ramai penduduk Malaysia dengan pelbagai isu-isu menarik di atas.  Ada juga individu-individu yang kepeningan, dilemma dan dimamah ketenangan mereka dengan isu-isu peribadi dan masalah kawalan nafsu.
Hingga saya juga pening membaca soalan-soalan mereka.  Di samping isu-isu kewangan yang pelbagai, datang pula soalan-soalan yang tidak kurang beratnya untuk dinasihati. Namun bagi tidak mengecewakan penanya, mari kita sama-sama kongsi beberapa petikan soalan yang sampai kepada saya. Saya hanya sempat memberikan sedikit nasihat di bawah setiap soalan. Jika ada pembaca yang ingin membaca serta berkongsi jawapan yang bernas lagi baik, saya persilakan.

Suami Membayangkan Wanita Lain Semasa Bersetubuh


Assalamualaikum.
a, saya ada kemusykilan dalam hal kekeluargaan. Begini persoalan saya, ketika saya berjimak suami saya pernah berterus terang dengzn saya dan mengatakan dia sering membayangkan perempuan lain ketika berjimak dengan saya. Alasannya dia mahu masa berjimak di panjangkan dan kenikmatan lebih puas.
Jika saya tidak salah dalam Islam ada hukum zihar, tetapi zihar ni yang saya paham ialah menyamakan angota tubuh badan dengan muhrim. Tetapi dalam kes saya ini terletak dalam ketegori apa? Apa hukumnya, dan adakah ia sama dengan zihar? Perlukah suami saya membayar kifarah seperti zihar? Harap a dapat memberi maklumat yang secukupnya kepada persoalan saya ini.
Sekian Terima Kasih.
JAWAPAN
WALAIKUMUSSALAM,
Menurut majoriti ulama, hukum membayangkan lelaki dan wanita bukan suami atau isteri semasa melakukan hubungan seks adalah diharamkan. Terutamanay jika ia dijadikan kebiasaan, nafsunya terhadap isteri atau suaminya akan semakin pudar dan beralih kepada si lelaki dan wanita luar yang diharamkan buatnya, maka secara mudahnya ia diharamkan kerana tergolong dalam "Muqaddimat az-Zina" atau jalan-jalan permulaan kepada pelakuan haram zina.
Disebutkan oleh para ulama bahawa :
لأن العين تزني وزناها النظر المحرم، والعقل يزني، وزناه الاشتهاء الخيالي المحرم
Artinya : "kerana mata itu berzina, dan zinanya adalah pandangan yang haram, dan minda juga berzina dan zinanya adalah membayangkan yang diharamkan"
Justeru mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali menanggapnya adalah salah satu bentuk zina. Sama juga haramnya minum air kosong sambil dibayangkan minuman arak. Demikian yang disebutkan oleh Ibn Al-Haj Al-Maliki (Al-Madkhal) , Ibn Abidin Al-Hanafi, Ibn Al-Mufleh Al-Hanbali ( Dipetik dari kitab Ar-Ri'ayah al-Kubra oleh Ibn ‘Aqil).
Bagaimanapun tidaklah hukumannya seberat zina yang sebenar hingga disebat atau di rejam hingga mati. Cuma ia tergolong dalam saalah satu dosa. Bermakna, berdasarkanhadith Nabi sesiapa yang mendatangi isterinya maka ia beroleh pahala, maka dalam hal ini, ia beroleh dosa kerana pemikirannya itu.
Sebahagian ulama Syafie hanya menanggapnya sebagai makruh dan hanya tergolong dalam bab haram kerana "Sadd az-Zariah" iaitu bagi menutup jalan-jalan maksiat yang mungkin berlaku hasil perbuatan tersebut. Adapun sebagaia yang diketahui oleh para ulama, setiap perkara yang diharamkan atau tidak digalakkan kerana Sadd Az-Zariah adalah harus di ketika diperlukan. Bermakna, menurut pandangan sebahagian ulama Syafie, jika si suami sebagai contoh amat tidak mampu bersama dengan isterinya kecuali jika membayangkan wanita lain, jika tidak mereka akan bercerai atau pelbagai mudarat besar lain akan berlaku, di ketika yang khas demikian, perbuatan tadi menjadi baginya. Berdasarkan kaedah
أخف الضررين
Ertinya : "Mudarat yang lebih ringan" ( Al-Asbah Wa An-Nazair, As-Suyuti)
Walaupun demikian, terdapat sebahagian ulama Syafie yang lain sependapat dengan mazhab lain dalam hal mengharamkannya, Antaranya yang disebut oleh al-Iraqi ( Rujuk Torhu At-Tathrib) 
لو جامع أهله وفي ذهنه مجامعة من تحرم عليه، وصور في ذهنه أنه يجامع تلك الصورة المحرمة فإنه يحرم عليه ذلك
Ertinya : "Sekiranya ia menyetubuhi isterinya dan di dalam pemikirannya seseorang yang haram baginya, maka ianaya adalah haram baginya dan setiap penyerupaan itu"
Kesimpulan saya
Memang benar, sebuah Hadith Qudsi menyatakan bahawa
وإذا تحدث عبدي بأن يعمل سيئة فأنا أغفرها له ما لم يعملها، فإن عملها فأنا أكتبها له بمثلها، وإن تركها فاكتبوها له حسنة ، إنما تركها من جراي" أي من أجلي
Ertinya : Apabila hambaku bermonolog (memikirkan) untuk melakukan satu kejahatan , maka Aku ( Allah) akan mengampunkannya selagi mana ia tidak melakukannya, dan jika ia lakukannya maka aka dituliskan baginya satu dosa, dan jika ditinggalkannya dituliskannya satu pahala, sesungguhnya ditinggalkannya keranaKU" ( Muslim)
Bagaimanapun pendalilan menggunakan dalil ini untuk mengharuskan tindakan tadi adalah ditolak oleh majoriti ulama kerana pemikiran sedemikian termasuk dalam kategori permulaan zina yang juga diharamkan oleh Allah SWT.
Malah bukan semua hasrat dalaman hati itu terkecuali dari dosa, malah masih terdapat bentuk yang juga akan diazab seperti hadith lain yang berbunyi :-
إذا التقى المسلمان بسيفهما فالقاتل والمقتول في النار
Ertinya : Apabila bertemu dua Muslim dengan pedang masing-masing berbunuhan satu sama lain, maka keduanya di dalam neraka"
Nabi menambah apabila ditanya sahabat akan mengapa yang dibunuh juga ke neraka dengan kata Baginda :
إنه كان حريصًا على قتل صاحبه
Artinya : Ia sangat ingin dan berazam membunuh saudaranya" ( Bukahri dan Muslim)
Ini bermakna apabila ia telah bertindak cuma gagal, ia disamakan dengan mengkhayalakan orang lain ketika persetubuhan yang juga dianggap telah memulakan langkah. Kecualilah jika ia hanya khayalan si bujang.
Pandangan yang terkuat adalah ianya haram sebagaimana majoriti mazhab dan sebahagian ulama Syafie. Sekadar ingin mendapatkan lebih kepuasan dengan tindakan demikian juga adalah haram, malah ia boleh dianggap sebagai suatu penghinaan kepada isterinya. Adapunbagi yang sememangnya amat amat terpaksa, ia boleh menjadi harus dengan syarat tidak memberitahu isterinya atau suaminya akan hal demikian bagi menjaga perasaan mereka. Wallahu'alam. Bagaimanapun ia tidak termasuk dalam kategori zihar.
Sekian

KUMPULAN DONGENG BAHASA INDONESIA TERBARU

Asal Mula Rumah Siput Dahulu kala, siput tidak membawa rumahnya kemana-mana… Pertama kali siput tinggal di sarang burung yang sudah di...