Friday, October 7, 2011

Tolonglah Wahai Wanita : Rayuan Seorang Lelaki


Tolonglah Wahai Wanita
: Rayuan Seorang Lelaki

Kemarin saya mendapat satu email dari yahoogroup saya. Ia merupakan rintihan seorang lelaki sudah nikah ( jika belum kahwin, mungkin lebih dahsyat cabarannya) yang masih mempunyai iman tetapi sedang diuji dengan begitu kritikal oleh suasana sekelilingnya, terutamanya oleh wanita.

Seluar Londeh & Pakaian Seksi Wanita : Suatu Hak Kebebasan Peribadi ?


Seluar Londeh & Pakaian Seksi Wanita : Suatu
Hak Kebebasan Peribadi ?

Di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik bebas kita semua. Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup ini sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain.

Sah Nikah Hamil : Tak Boleh Percaya Taubat Mereka


Sah Nikah Hamil : Tak Boleh
Percaya Taubat Mereka
Soalan
Satu persoalan , saya pada a merujuk pada website a yang mana 'Sah berkahwin walaupun sedang mengandung anak zina dengan syarat pasangan/pelaku tersebut bertaubat'. Boleh caya ke taubat mereka ni? Bukannya apa, kalau a sudah meletakkan hukumnya macam tu, nanti bimbang orang-orang yang buat zina senang-senang sahaja akan buat zina lagi. Taubat ntah betul ntah tidak. Manusia  zaman sekarang bukan boleh percaya.

Artis wanita Berkemban Menjadi Ikutan Remaja


EKITAR 1992, hangat diperkatakan mengenai Garis Panduan mengenai peri laku artis. Malah garis panduan ini turut diperbincangkan pada peringkat kabinet bagi memastikan selebriti di negara ini mengamalkan cara berpakaian dan penampilan sesuai budaya di negara ini.

Perkara utama yang diberi perhatian ialah dari segi wajah dan pakaian ketika muncul di kaca televisyen, filem dan pentas, tingkah laku, pertuturan bersopan dan berperibadi yang tinggi. Dari segi pakaian pula, mereka perlu mematuhi cara dan budaya ketimuran iaitu sama sekali tidak menjolok mata.

Hasilnya terjadilah kes artis kena gam dan lebih teruk digunting rambut oleh Menteri Penerangan ketika itu. Ramai juga artis yang semakin berhati-hati dengan penampilan mereka kerana tidak mahu ‘periuk nasi' mereka ditutup.

Bagaimanapun, usaha ini sudah boleh dikatakan tinggal hangat-hangat tahi ayam. ‘Baunya' saja pun sudah tidak sekeras dulu, malah terus tenggelam. Selepas 15 tahun, boleh dikatakan garis panduan ini sudah terus lenyap begitu saja.

Jika dulu artis berpakaian nampak ketiak dan lurah dada menjadi topik hangat diperkatakan, tetapi hari ini seakan tiada sesiapa yang peduli lagi apabila kebanyakan artis wanita dilihat lebih gemar tampil mengenakan gaun berkemban atau baju bertali halus seperti yang lazim digayakan artis Barat.

Ada kalanya, lebih seksi gaya ditampilkan lebih mendapat pujian terutama perekanya. Apabila ada artis yang berpakaian sopan menutup tubuh, dia dikatakan artis kampung yang tidak pandai bergaya.

Apa yang membimbangkan, mahu atau tidak mahu kita terpaksa menerima hakikat bahawa gaya artis ini turut menjadi ikutan remaja masa kini. Jika diteliti, 90 peratus penggemar dan pengikut dunia hiburan adalah remaja yang baru hendak mengenal adat dan budaya bangsa.

Persoalannya, bagaimana remaja boleh diharapkan untuk meneruskan adat dan budaya bangsa pada masa depan sedangkan mereka terus ‘disogok' dengan gaya hidup Barat yang berlawanan dengan agama, malah budaya Timur?

Banyak kajian yang dijalankan ke atas remaja terbabit dengan masalah sosial juga jenayah juvana memberikan alasan terpengaruh dengan apa yang mereka tonton dan bahan yang dibaca berkaitan program dan acara hiburan.

Beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan wanita yang sempat ditemui turut menyuarakan kegusaran mereka terhadap budaya negatif ini dan menggesa agar pihak berwajib segera memastikan agar garis panduan etika artis yang ada dilaksanakan dengan tegas.

Presiden Pertubuhan Wanita Antarabangsa Malaysia dan juga Pakar Motivasi, Dr Robiah Kulop Hamzah, berkata garis panduan dan etika berpakaian penting bagi golongan ini kerana mereka biasanya menjadi ikutan remaja masa kini.

"Kita sangat bimbang apabila artis bebas berpakaian sehingga tidak mengambil kira lagi adab budaya di negara ini. Tidak kira dia itu artis beragama Islam atau tidak, adab Timur mesti dipatuhi kerana tidak mahu kehilangan identiti kita sendiri," katanya.

Beliau berkata, apa yang berlaku hari ini amat menyedihkan apatah lagi artis yang di bawah persatuan sedia ada seperti tidak melakukan sebarang usaha membendung gejala yang sudah pun menular ini.

"Kita jangan marah remaja apabila mereka berpakaian tidak senonoh kerana hari ini golongan artis sudah seperti diberikan lesen untuk tampil dengan pakaian meruntun jiwa penonton. Kalau ada pakaian berciri Melayu pula sudah diubah suai seperti korset yang dipakai di luar dengan dada serta bahu terdedah," katanya.

Beliau berkata, artis yang mendedahkan tubuh hakikatnya belum mempunyai kekuatan untuk bergelar artis dan berdepan dengan masyarakat. Mereka seharusnya sedar, sebagai artis, mereka mendapat perhatian berbilang masyarakat tidak kira tua, muda mahupun remaja.

"Apa yang perlu dibangunkan adalah dunia seni yang membantu memajukan masyarakat dan bukannya seni tubuh dengan perjuangan kebebasan berpakaian. Tidak salah berfesyen asal ia tidak merosakkan budaya apatah lagi bertentangan agama.

"Jika mahukan nama dan hasil karya terus meniti di bibir peminat, mereka harus menitik beratkan perjuangan seni dengan identiti serta mesej jelas bukannya hanya glamor semata-mata dengan budaya cedokan Barat," katanya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita Jemaah Islah Malaysia (JIM), Prof Dr Harlina Haliza Siraj, berkata melihat kepada keruncingan cara berpakaian artis hari ini, sudah sampai masanya garis panduan etika berpakaian di kalangan mereka dikuatkuasakan segera.

"Ini selaras dengan 50 tahun negara mencapai kemerdekaan yang memerlukan masyarakat memiliki identiti tersendiri. Apa yang penting, peraturan dalam perkara ini perlu jelas. Mungkin sudah ada, tetapi tidak dikuatkuasakan. Dulu sudah ada peraturan yang ditetapkan Kementerian Penerangan, artis yang tampil di kaca televisyen atau khalayak perlu tampil tanpa menjolok mata," katanya.

Beliau berkata, artis dan selebriti di negara ini tidak kira apa bangsa perlu menghormati budaya Timur yang mementingkan adab dalam berpakaian.

"Walau bagaimana glamor sekalipun, golongan ini perlu berpegang kepada falsafah, di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung. Kalau tidak hormat atau segan pada agama, hormatilah budaya. Jangan kerana mengejar glamor dan ingin mendapatkan perhatian, semua perkara ini dipandang remeh.

"Mahu atau tidak, mereka harus sedar bahawa mereka juga menjadi contoh remaja hari ini. Mereka yang tampil berpakaian seksi hakikatnya memiliki keyakinan diri yang rendah dan cuba menutupi kelemahan itu dengan menarik perhatian dengan cara lain," katanya.

Lihat saja penampilan artis wanita Malaysia pada Anugerah Planet Muzik (APM) yang diadakan di Singapura, baru-baru ini. Boleh dikatakan 90 peratus mengenakan baju ala kemban yang mendedahkan bahagian dada dan bahu.

Malah, dalam kebanyakan majlis membabitkan artis, boleh dikatakan kebanyakannya memilih baju moden yang seksi. Berbanding artis negara jiran, khususnya Indonesia yang dilihat lebih bijak bergaya apabila sering mengutamakan baju tradisional mereka seperti kebaya sekali gus mencerminkan identiti bangsa.

INFO Etika artis
  • 1 November 1992-Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan secara langsung majlis simbolik pemotongan rambut penyanyi kumpulan Search, Amy dan penyanyi kumpulan Wings, Awie oleh Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Mohamed Rahmat.
  • 1993- Kod Etika Perilaku Artis diedarkan kepada artis dan persatuan yang terbabit di dalam dunia hiburan, merangkumi empat aspek penting:

    1. Menjaga dan mengekalkan disiplin dan maruah diri ketika mengadakan persembahan di khalayak ramai atau ketika muncul di kaca televisyen.

    2. Menjaga nama baik artis daripada sebarang gosip liar yang menjejaskan imej diri dan industri hiburan keseluruhannya.

    3. Mengutamakan kesopanan dari segi berpakaian dan tutur kata ketika berhadapan dengan orang ramai di dalam sesuatu pertunjukan atau berlakon di dalam filem dan drama.

    4. Berpegang teguh terhadap tatasusila ketimuran, bangsa, negara dan agama.
·  1 Ogos 2004 RTM mula memberi kelonggaran untuk artis berambut panjang dan berpakaian agak seksi kerana khuatir RTM akan ketinggalan dalam arus persaingan industri penyiaran negara.

Menonton Filem Lucah Oleh Suami Isteri


Menonton Filem Lucah Oleh Suami Isteri
SOALAN :
ASSALAMUALAIKUM a.SAYA MAU BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI MENONTON FILEM LUCAH UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA  MELAKUKAN SEKS.INI KERANA ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN  KELAMIN.APA PENDAPAT A ?

Suami Hilang Nafsu atau Disihir?


Suami Hilang Nafsu atau Disihir? 
SOALAN:
Saya sudah berbulan-bulan tidak tidur bersama suami kerana dia menjauhkan daripada saya. Setiap kali saya mendekatinya dia merungut "panas, rimas dan jauh daripada aku, aku tidak boleh mendekati kamu." Apabila saya mengajaknya berubat dia enggan, sebaliknya mendakwa saya yang sakit dan perlu diubati. Ramai pengubat yang saya temui mengatakan suami saya disihir. Jika benar, apakah yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah ini yang semakin genting.

Suami Isteri Kerja : Suatu Pandangan


salam,

Saya bersetuju 100% dengan pendapat a berkenaan isu wanita bekerja ini. Dan saya juga merupakan seorang wanita bekerjaya dan memiliki akademik yang membanggakan. Namun apa yang membimbangkan saya adalah keadaan yang memaksa wanita zaman sekarang untuk sama-sama 'turun padang' mencari rezeki demi keteguhan ekonomi keluarga.

Tambahan pula, saya (belum berkahwin) adalah daripada 6 org adik beradik yang kesemuanya adalah perempuan. Tanggungjawab untuk membantu ibu bapa yang sudah tua juga salah satu faktor yang 'memaksa' kami adik beradik untuk bekerja selain membalas jasa kedua orang tua kami.
Namun demikian, saya tidak nafikan saya ingin benar 'kembali kepada fitrah' ajaran islam yang suci yang mana menggalakkan wanita untuk duduk dirumah menguruskan perihal keluarga dan anak-anak bila tiba masanya kelak (berkahwin).
Hakikatnya, calon-calon suami zaman sekarang juga mengenakan syarat untuk mendapat calon-calon isteri yang bekerja bagi membantu mereka meningkatkan ekonomi keluarga dan ada juga yang beralasan pendapatan mereka tidak mencukupi untuk menampung keluarga pada zaman ini (walaupun ada yang berpendapatan >RM3000).  Saya kesal sekali dengan keadaan ini dengan tiada sokongan dan peluang untuk saya 'kembali kepada fitrah' ajaran Allah.

Suami nusyuz, you are fired !Jika isteri bekerja dengan tujuan membantu ekonomi keluarga dan pada masa yang sama, suami juga bekerja,  sudah tentu ia adalah harus selagi menjaga tatasusila Islam semasa di tempat kerja dan juga mampu melaksanakan kewajibannya sebagai ibu dan isteri.

KUMPULAN DONGENG BAHASA INDONESIA TERBARU

Asal Mula Rumah Siput Dahulu kala, siput tidak membawa rumahnya kemana-mana… Pertama kali siput tinggal di sarang burung yang sudah di...