Friday, October 7, 2011

Tak Setuju Hukum Leverage Forex : Ulasan


Dalam jawaban hukum forex trading yang saya sediakan sebelum ini, telah saya nyatakan secara jelas di ruangan bawah sekali seperti berikut :-
Semua pemain forex, nota dan jawaban saya ini  adalah jawaban yang dipermudah agar ia boleh difahami orang awam. Jika terdapat kesilapan teknik cara jual dan beli, boleh dimaklumkan kepada di ruangan komentar kerana info tentang tata cara di atas juga saya peroleh  dari yang terlibat. Saya tiadak merasa untuk membuat pembacaan dan kajian sendiri di ketikan ini. Sekian
Leverage : Untung Atas Angin?
Hasilnya Alhamdulillah saya mendapat beberapa komentar melalui beragai cara. Namun dari banyak-banyak info yang saya tuliskan, hanya satu isu saja yang coba diulas oleh pemain-pemain forex tegar, yaitu bab Leverage. 
Mereka mendakwa pandangan saya tentang leverage adalah kurang tepat, sebahagian mereka dalam ayat mengutuk menyuruh saya kerja bank terlebih dahulu untuk faham (agak lucu juga permintaan ini), dan disamping menyatakan saya tidak faham.
Tidak mengapalah, memang kita semua sedang belajar. saya tidak munafik saya juga sedang belajar dari hujjah mereka. 
Namun perlu diingat, leverage yang saya  uraikan bukan secara umum tetapi adalah leverage dalam bab forex trading yang terlibat saja. Justru perlu dibaca dalam konteksnya.
Hakikatnya, saya memang mengharapkan respon mereka untuk memahamkan saya dengan lebih mendalam kerana saya sebenarnya tidak punyai masa dan sukar untuk menyimak sendiri kerana saya tidak pernah terlibat serta  apa yang mereka sertai. Justr saya bergantung kepada penerangan mereka yang terlibat.
Hujah Forex Trader & Ulasan Saya
Namun, setelah membaca guru-guru dan ahli rujuk FOREX trading yang berhujjah menolak artikel asal saya berkenaan leverage, nampaknya hujjah mereka GAGAL MENGUBAH FIKIRAN DAN KEPUTUSAN AWAL SAYA, malah saya semakin yakin dengan hipotesis awal saya, namun masih terbuka untuk perbincangan ilmiah jika ada hujjah atau fakta kukuh diberikan selepas ini. Mari kita sama-sama menyelusuri hujjah mereka dan pandangan Islam tentang ‘ijtihad' mereka ini.
Hujjah FOREX TRADER 1 : Menyamakan leverage dengan deposit beli rumah dan jual sebelum bayar penuh.
Anda hanya perlu membayar 10% deposit (adakalanya zero deposit) dan selebihnya anda meminjam daripada bank. Selepas selesai segala urusan guaman dan lain-lain, anda mempunyai kawalan terhadap rumah tersebut sama ada untuk menyewa, mengubah susuai malah menjualnya kembali.
Sekiranya rumah tersebut bernilai RM 100,000 , maka dengan RM 10,000 sahaja ia sudah mencukupi untuk anda memiliki rumah tersebut. Inilah yang dinamakan leverage dan konsep ini adalah sama digunakan dalam saham (short selling), pasaran hadapan dan options.
Sumber  
Respond UZAR
1)        Menyamakan pembelian rumah secara deposit dengan leverage gandaan 1:100 dalam forex trading adalah perbandingan yang kurang tepat.
Ini kerana bagi pembelian rumah itu perjanjian jual dan beli (S &P) telah ditandatangani antara pembeli dan penjual. Menurut Fiqh Islam dengan termeterainya aqad itu, pembeli sudah memiliki penuh hak ke atas rumah tersebutwalaupun ia masih tidak membayar penuh lagi harga rumah, Islam mengiktiraf pembelian secara bayaran tangguh yang dinamakan Bai' at-Taqsit .
Lalu dalam tempoh bayaran masih belum dilunaskan itu pembeli sememangnya dibenarkan untuk menjualnya kepada pihak ketiga dan mengambil untung. Bai at-Taqsit adalah harus menurut majoriti sahabat nabi s.a.w, tabien, ulama silam dan kontemporari (Al-Umm, 3/15; Nailul Awtar, 5/173, Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradawi, hlm 259)
Ia berbeza dengan leverage, tiada jual beli termeterai. Hanya pinjaman dari pihak syarikat forex kepada pesertanya.  Ini terbukti apabila seorang ia disebutkan seorang blogger bab pelaburan yang kerap dirujuk oleh pemain forex trading menyatakan dalam webnya, takrif leverage sebagai :
The use of credit or borrowed funds to improve one's speculative capacity and increase the rate of return from an investment, as in buying securities on margin.
Borrowed fund, beerti ia dipinjamkan oleh syarikat. Justr isu penting di sini ; dalam hal jual beli rumah, ia jenis leverage yang harus kerana asasnya kontrak jual beli dan asset telah menjadi milik pembeli.
Isu dalam konsep pinjaman dari proses leverage
Dalam hal leverage forex, ia hanya PINJAMAN DARI SYARIKAT FOREX KEPADA AHLINYA. Oleh kerana ia hanya pinjaman, wujud pula isu hukum kedua di sini iaitu  :-
a-   Pertama : Tiada pemindahan sebenar wang ke akauan peserta sebelum dijual.
Katalah wang asal si pemain forex hanyalah USD 100, maka di leverage sehingga menjadi USD 100,000 melalui kontrak pinjaman.  Masalah di sini adalah pemilikan ke atas wang yang diberi pinjam tadi tidak dibuat dalam bentuk yang sebenar, tapi hanya atas angin sahaja, tiada sebarang jumlah sebenar yang wujud. Justeru. Tiada sebarang ‘transfer of real money' berlaku dalam account pemain forex, hasilnya tiada pemilikan fizikal (hakiki) dan 'hukmi' ke atas wang, tetapi ia telah dijual sehingga mendapat untung.  Inilah yang saya maksudkan bercanggah dengan dalil larangan menjual sesuatu yang belum menjadi sebenarnya samada secara hakiki atau hukmi.
Ia dinyatakan dengan terang oleh forex trader dalam ruang komentar di artikel saya iaitu :-
Saya seorang pemain forex (demo account shj,bknnya real). Berkenaan dengan leverage itu, saya bersetuju dengan kenyataan "broker memberi pinjam untuk pelaburan forex", tapi yang saya faham pinjaman itu bukannya secara kekal.

Maknanya duit dalam akaun kita masih sama (kalau deposit 1k, maka akan tertulis 1k, bukannya 100k).
  
Jelas dari ayat ini menunjukkan pinjaamn itu bukan pemindahan dan bukan wang sebenar, ia hanya wang HANTU yang tidak dimilki secara sah hakiki atau hukmi oleh si forex trader.
Ia berbeza dengan kes jual rumah tadi, kerana pemilikan dan aqad "sell & Purchase" telah termeterai. Pemilikan secara hukmi telah terpindah kepada pembeli walaupun ia belum membayar sepenuhnya.
JIKA PEMAIN FOREX masih berdegil dan mendakwa pemindahan sebenar telah berlaku, baiklah boleh abaikan ulasan pertama saya ini, namun pinjaman akan tersangkut dalam isu seterusnya di bawah.
b-   Kedua : Jika benar pinjaman dimiliki dengan sah , mengapa jika tiada risiko?
Pihak pemain forex memberikan komen di ruangan komentar saya dengan kata mereka :-
Dengan USD 100 trader boleh berjual beli dengan kuasa USD 100,000. Jika berlaku kerugian dalam urusniaga, jumlah maksima yang  trader rugi hanya USD 100. USD 100,000 tersebut lansung tidak terusik
Ini tanpa sengaja sebenarnya adalah seolah satu pengakuan tentang hukum haramnya leverage forex dalam bentuk sebegini, ia menunjukkan bahawa jumlah USD 100,000 yang KONONNYA telah dipinjamkan kepada pemain forex dan masuk ke dalam pemilikan trader hanyalah omongan kosong.
Jika benar-benar ia tepat mengikut hukum Shariah, sepatutnya jumlah pinjaman USD 100,000 telah masuk sepenuhnya dalam milik si trader dan jika berlaku kerugian sepatutnya semuanya terkesan dan bukan hanya USD 100 modal asal sahaja. Bila ia disebutkan tidak terkesan, ini bermakna, si trader sebenar TIDAK MILIKI USD 100,000, kerana itu ia tidak hilang kerana ia bukan wang miliknya.
Hasilnya, pinjaman yang dikatakan dalam leverage ini hanyalah bayang-bayang sahaja, dan trader menjual sesuatu yang bukan miliknya yang diharamkan oleh baginda Nabi s.a.w. Ia juga BERBEZA DENGAN LEVERAGE RUMAH TADI
c-    Ketiga : Isu Memberi Pinjaman Dengan Syarat Menjual
Isu seterusnya dalam bab syarikat FOREX memberi pinjam wang melalui leverage sehingga USD 100,000 adalah;
Syarikat forex sebenarnya memberikan ‘pinjaman bersyarat' iaitu dengan mengikat pinjaman USD 100,000 yang diberikan hanya dikhaskan untuk berjual beli matawang melalui syarikat mereka.
Maka ini adalah haram kerana riba iaitu si pemberi pinjaman mengambil manfaat atas si peminjam (pemain forex) dengan mensyaratkannya mesti jual beli guna mereka,. Jika pemain FOREX ingin menyatakankannya halal, sepatutnya sebagai peminjam kita bebas menggunakan wang yang diperolehi untuk apa jua tujuan yang kita sukai malah kita boleh keluarkan semua wang pinjaman yang diberi melalui leverage itu.
Namun dalam hal pinjaman leverage ini, semua kemudahan tersebut pastikan TIADA!. Inilah bercanggah dengan nas
كل قرض جرّ نفعاً فهو الربا
Ertinya : Setiap pinjaman yang (mensyaratkan) manfaat kepada pemberi pinjam adalah riba. (Naylul Awtar, As-Syawkani, 5/232 ; Nasb ar-Rayah, az-Zayla'ie, 4/60 ) [1]
Dalam konteks di atas, syarikat forex telah mensyaratkan manfaat baginya.
Lebih dahsyat dari ityu, ia juga bercanggah dengan dalil ini :-
نهى النبي صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في صفقة
Artinya : "Nabi s.a.w melarang dari menjalankan dua urusniga dalam satu" ( Riwayat Abu Daud, 2/246 ; Al-Hakim, Ibn Hibban ; Al-Hakim & Ibn Hazm : Sohih ; Ahmad : Perawinya Thiqat , Majma Az-Zawaid, 4/84)
Para ulama hadis dan fiqh berbeza pandangan dalam menghuraikan erti hadis ini TETAPI mereka bersepakat bahawa yang termasuk dalam kategori haram dari hadis di atas adalah memberikan pinjam sambil mensyaratkan membeli aset darinya. Contohnya si pemberi pinjam berkata :-
"Saya pinjamkan duit USD 100,000 ini kepada kamu dengan syarat kamu mesti beli computer saya"
Sebagaimana di sebutkan oleh Imam Al-Mawardi
محل النهي البيع الذي شرط فيه قرض
Ertinya : "tempat yang haramnya adalah setiap jualan dan mensyaratkan pinjaman ( atau sebaliknya)" ( Al-Hawi, hlm 431)
Iaitu menggabungkan aqad pinjam dan aqad jual beli, ini disepakati haramnya oleh ulama. (Bidayatul Mujtahid, 2/162 ; Al-Mughni, 6/334; Majmu' al-fatawa, Ibn Taymiah, 4/39)
Inilah yang berlaku dalam leverage forex atas dasar pinjam dan syarat mesti jual dan trader tiada kebebasan untuk tiba-tiba keluarkan duit USD 100,000 itu untuk digunakan bagi perkara lain. Mereka diberi pinjam dengan syarat melaksanakan jual beli melalui syarikat pemberi pinjam sahaja. 
Hujjah FOREX TRADER 2 : Qiyas Kepada fadhilat Lailatul Qadr & Pahala Solat Jemaah
Seorang individu yang kerap dirujuki oleh forex trader berkata bahawa asas leverage boleh dilihat dalam beberapa bentuk ibadah khusus, ia berkata :-
Malah dalam Islam, sudah disebut dalam Quran, ada satu malam yang ganjaran ibadah pada malam itu adalah lebih baik dari beribadah 1000 bulan. Seorang yang bersolat berjemaah mendapat pahala 27 kali ganda. Inilah antara contoh leverage dalam ibadah.
Ulasan UZAR
Itu adalah pandangan penulis blog itu secara umum di dalam ibadah, tiada sebarang masalah dalam hal ibadah yang disebut khusus kelebihannya oleh Allah dan RasulNya, NAMUN jika terdapat mana-mana forex trader cuba menggunakan hujjah ini serta menyamakan atau men'qias'kan leverage dalam ibadah itu dengan leverage dalam forex.
Maaf saya katakan, hujah sebegini adalah terlalu amat lemah dan sebenarnya tidak relevan dalam isu yang sedang dibincangkan ini.
Dianalogikan dan disamakan gandaan pahala dengan gandaan duit ?
Bagaimana boleh disamakan gandaan pahala yang ditentukan khas oleh Allah swt dengan gandaan leverage menggunakan duit pinjaman bersyarata tanpa hak milik jelas bagi gandakan untung duit sedangkan ianya bentuk transaki yang bertentangan dengan hukum Shariah, Adakah ia sama dan apakah illatnya ???
Ia terlalu lemah dan malah salah dalam penggunaan, terutamanya apabila bab fadhilat dan pahala tidak boleh dianalogikan dan` diqiyaskan menurut sepakat ulama Usul Fiqh, kerana tiada illah yang bersifat muta'adi dalam hal fadhilat dan pahala. Percubaan qiyas fadhilat bagi satu amalan ibadah khusus yang disebut secara specific oleh Nabi kepada satu ibadah lain adalah tertolak menurut ulama Usul Fiqh kerana ia adalah fadhilat yang dari jenis tidak ‘ma'qul al-ma'na' (Syar al-Talwih ‘ala at-Tawdih, 2/122; Al-Mahsul, Ibn Arabi, 1/95)
Apatah lagi ingin diqiyaskan kepada leveraging oleh forex trader. Ia amat-amat tertolak.
Ia disebutkan dengan jelas di dalam kitab Usul Fiqh
القاعدة المستقلة المستفتحة التي لا يعقل معناها , فلا يقاس عليها غيرها لعدم العلة فيسمى خارجا عن القياس تجوزا , إذ معناه أنه ليس منقاسا ; لأنه لم يسبق عموم قياس ولا استثناء حتى يسمى المستثنى خارجا عن القياس بعد دخول فيه ; ومثاله : المقدرات في أعداد الركعات , ونصب الزكوات ومقادير الحدود والكفارات وجميع التحكمات المبتدأة التي لا ينقدح فيها معنى , فلا يقاس عليها غيرها ; لأنها لا تعقل علتها
Hujjah FOREX TRADER 1 : Jika tidak boleh leverage lebih dari 1:1, maka hanya bank yang boleh buat
Ulasan UZAR 
Ia bukan hujjah yang perlu dibincang dan tidak ada kena mengena dengan perbincangan hukum, jika tak mampu untuk berforex dengan duit sendiri iaitu 1 : 1. maka jangan berforex, ketidakmampuan individu untuk menyertai forex tidak mengubah hukum leverage 1:20, 1:100, 1:1000  yang bermasalah di atas. Ini kerana forex bukan makanan asasi yang akan mati tanpanya.

Kalau sebelum ini saya utarakan jawapan oleh Syeikh Taqi Uthmani, kali ini say acpy paste pula soalan dan jawapan dari Prof. Dr Monzer Kahf, pakar ekonomi Islam
Question 
I have heard that online trading with broker either in currency or stocks is prohibited on margin, but why is that so, as it is on spot, and borrowing money is not prohibited, so if one borrows money to buy currency without paying interest, as the brokers offer Muslims interest-free accounts for Muslims, instead they charge a small commission for the service on each open position, as otherwise the interest is payable if the position is not closed before 5 pm EST. Thus, for Muslims the commission is charged even if the position is opened after 5 pm EST, but there is no physical delivery of the borrowed money, as its through the broker, and the trader doesn't receive it, but is liable for it and all risks of profit and loss are of the trader, and it makes it easier as a trader may open a position and close within 10 minutes, if he has taken a quick profit, so otherwise, if he waits for delivery and return,it may take days, so due to the development of technology, if we can trade online, with convenience, what's wrong with it? Because when we open a position, we actually borrow money on contract, but don't get a physical delivery, as it will take time, what I don't get in my hands, but is really given to me through contract, so is it not acceptable and online trading through margin is haram? Then how Muslims can make money, because otherwise one does need 100,000$ actually to buy those stocks or currencies, but in this way, the problem is solved, so is online trading on margin haram?

Kahwini Tunang Pernah Berzina


Kahwini Tunang Pernah Berzina
Soalan
Saya merancang untuk bertunang dengan jejaka pilihan hati tidak lama lagi. Tetapi saya telah bertemu dengan seorang sepupunya yang menceritakan bahawa bakal tunang saya itu pernah terlanjur dengan bekas teman wanitanya. Sepupunya itu mengetahui perkara tersebut setelah diceritakan oleh bakal tunang saya itu, yang kononnya telah insaf dan mahu bertaubat.?

Sekarang saya berasa ragu-ragu yang tidak tahu apa yang harus dilakukan. Selain memang menyayanginya, saya juga memikirkan faktor umur yang sudah masuk 30 tahun sekarang ini. Jika saya tidak berkahwin dengannya, tentu susah pula saya hendak mencari orang lain. Tetapi jika saya berkahwin dengannya, bererti saya berkahwin dengan orang yang pernah berzina. Adakah saya patut menerimanya atau membatalkan pertunangan tersebut. Harap ustaz dapat menolong.

- Risau, Kulai.
Jawaban :
Bab perkahwinan bukannya perkara yang boleh di cuba-cuba, jangan kerana umur maka digadaikan agama dan masa depan keluarga saudari.
Lelaki yang telah berzina sememangnya telah melakukan kesalahan yang maha besar, tetapi saudari masih tidak boleh mempercayai maklumat sepupunya dengan mudah tanpa penyelidikan. Allah SWT mengrahkan kita aagar menyelidik sebarang berita teruatamanya yang berat seumpama ini. ( Rujuk surah al-Hujurat ayat 6 )
Ingatlah perkahwinan adalah suatu keputusan yang besar., Erti hadith: "Apabila berkahwin seseorang hamba, maka telah sempurnalah sebahagian dari agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam sebahagian yang lain" ( Al-Hakim : Shohih menurut Al-Hakim dan Ibn Hajar, Talkhis al-Khabir, 2/16 ; Dhoif menurut As-Suyuti, Al-Jami' as-Shoghir , 2/168)
Kriteria lelaki yang ingin dijadikan suami adalah amat penting bagi isteri kerana ia akan mencorakkan sesebuah keluarga, justeru, cirri-ciri yang disebutkan oleh Nabi SAW di dalam hadith wanita pilihan iaitu : mengutamakan agama dari kecantikan, keturunaan dan harta juga terpakai untuk wanita mencari lelaki.(dari hadith shohih riwayat al-Bukhari dan Muslim). Cuma hadith banyak menekankan cirri wanita kerana biasanya lelaki yang mencari dan memilih wanita (Nizom al-Usrah, 1/ 168)
Dalam hal kriteria bakal suami yang telah berzina 
Beberapa ayat berikut boleh dijadikan pedoman :
a)Firman Allah : " Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik.' ( An-Nur : 3)
b) Firman Allah : " Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.." ( An-Nur : 26 )
Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang telah berzina. Ayat di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.
Walaubagaimanapun, menurut pandangan yang terkuat; hukum ayat di atas telah di ‘nasakh' kan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin. Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32 . Ia adalah pandangan majoriti ulama. ( Al-Jami' li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 6/112 ; cet Dar al-Kutub al-Ilmiah )

 
Bagaimanapun, perkara berikut perlu dilakukan
a- Selidiki maklumat yang diberikan oleh sepupu. Dalam Islam hal berat seumpama ini tidak boleh dipercayai tanpa 4 saksi atau pengakuan si lelaki.
b- Selidiki akhlak lelaki tersebut dengan teliti sebelum membuat keputusan, jangan terburu-buru membuat keputusan walaupun umur sudah sedikit lanjut. Apa yang penting adalah suami yang baik. Benar, ia boleh bertaubat, dan harus di beri peluang, tetapi perlulah di pastikan taubatnya terbukti dengan amalan soleh yang dijaganya berbading dahulu, sekiranya tidak, pada hemat saya, seseorang yang telah sekali melakukan dosa zina, dengan mudah sahaja ia akan terjebak semula jika tiada ilmu dan taubat yang bersungguh-sungguh.
Lakukanlah istikharah dengan sebaik-baiknya. Moga Allah memberikan petunjuk yang jelas dan baik untuk saudari. Wallahu a'lam
Sekian

Hukum memotong kuku semasa Haid



Jawapan : Disebutkan di dalam syarah al-‘Iqna’ Matan Abi Syuja’ ( 1/60 ), menurut Imam al-Ghazzali di dalam Ihya Ulumiddin, bahawa tidak seharusnya seseorang yang berjunub memotong kuku atau mencukur bulu dan rambutnya kerana semua tadi akan dikembalikan di hari akhirat nanti dalam keadaan junub ( tidak bersih) .

Bagaimanapun, setelah diteliti asas kepada pendapat ini, maka tiada didapati sebarang dalil yang menyokongnya kecuali logik aqal semata-mata tadi. Demikian menurut Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Atiyyah Saqar dan Dr. Rif`at Fawzi, professor Shari`ah di Univ. Kaherah


Soalan ini pernah di tujukan kepada Imam Ibn Taymiah di dalam kitabnya “Ghiza’ al-albab, 1/382 ) maka beliau menjawab : “ Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada hidup ataupun mati”, malah Nabi memberitahu : “ buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam) “ maka arahan Nabi tidak menunjukkan sebarang tangguh cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi)..justeru apa yang dikatakan sebenarnya tiada asalnya.”

 
Tiada sebarang halangan untuk memotong kuku secara junub. Pandangan ini juga datang dari tokoh ulama Tabien iaitu Ato’ bin Abi Rabah. ’Ata disebut pernah menyatakan seseorang boleh melakukannya dalam keadaan junub, malah dalam keadaan junub dan tidak berwudu’ (Riwayat al-Bukhari)

Sebagai makumat tambahan, kemestian menanam rambut, kuku yang dipotong dan sebagainya juga tiada sebarang dalil (kecuali jika dibimbangi akan diambil dan disihirkan), demikian juga larangan memotong kuku di waktu malam. Wallahu a’lam

Ingat Hukum Mewarnakan Rambut dan Uban


Hukum Mewarnakan Rambut dan Uban
SOALAN 
Mewarnakan Uban dengan warna hitam yang disahkan halal oleh JAKIM. Apa hukumnya?

JAWAPAN: 
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dll, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah, jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina', Al-Bahuti, jld 1, ms 77)

Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Demikian menurut Imam Al-Haithami dalam kitabnya Majma' az-Zawaid dan Imam As-Syawkani dalam Naylul Awtar.

Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudasrat terhdp janin dll akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaiatu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.
HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM 

Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-
1. Makruh Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.

Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

c) Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak" (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai'en dan Imam Ahmad)

d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.

2. Haram

Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri2 kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh" (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bhw sahabat dan tabi'ein ramai juga yang mewarnakan rambut mrk dengan warna hitam. Antara Sa'ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma' az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.

Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :

a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dll. 

KUMPULAN DONGENG BAHASA INDONESIA TERBARU

Asal Mula Rumah Siput Dahulu kala, siput tidak membawa rumahnya kemana-mana… Pertama kali siput tinggal di sarang burung yang sudah di...